Selasa, 9 Ogos 2016

TERATAK KINI REBAH

Teratak berpenghuni yang menunggu menyembah bumi, sunggu dikelilingi balak tiga pemeluk tumbuh meninggi, hanya tangki biru menemani di anjung teratak.

Kini balak tiga pemeluk rebah menyembah bumi, diangkut, dirata, tinggal tunggul di bukit gondol ditemani teratak dan tangki biru. Pokok diangkut namun teratak masih berdiri menunggu masa.

Masa demi masa, tanah dikorek, digali, diangkut batu-batu berharga, dibawa entah ke mana. Mataku hanya melihat, kehairanan untuk apakah itu semua. 

Masa berlalu dan berlalu, mata mulai terbuka, dan kini raksaksa-raksaksa datang mengamuk sekali lagi, menghisap semua madu dunia. Dan kini tinggal sepah, teratak jatuh rebah ditemani tangki biru yang tetap tegu berdiri di sisi.

Impian mendirikan rumah kini tinggal impian, masa berlalu terlalu pantas, umpama mimpi malam, bangun pagi berubah segalanya.

Mahu salahkan diri sendiri, mahu salahkan siapa.?bukan masa menunding jari, biar jadikan ia pengalaman, berajaga la sentiasa dari tidur agar perompak tidak masuk rumah lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan