Ahad, 7 Ogos 2016

KERANAMU

KENANGAN lalu kini kian kadang datang dalam ingatan. Aku nak padam semuanya, jangan kembali dalam hidupku, biarlah hidup hidup ini tenang tanpamu. Aman dunia, anak-anak bangsaku biarlah tak mengenalimu.

Terasa berat tanggunganku bila mengenalimu, orang tua,anak bini, kawan-kawan, teman akrabku,agamaku, bangsaku kutinggalkan kerana kesetianku kepadamu.

Penyesalan tidak berguna, keranamu aku merana, keranamu kerjaku terjejas, keranamu anak bini ku menderita, keranamu orang tuaku merana, dan keranamu teman-temanku tinggalkanku.

Wahai anak bangsaku, saudara ku, walau kita berbeza agama, berbeza bangsa, berbeza keturunan,berbeza kepercayaan, bersama-sama kita lawan, dunia yang menyesatkan "judi perosak bangsa dan negara" penghancur anak-anak bangsa. Walaupun apa terjadi, hancurkan pusat judi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan