Sabtu, 6 Ogos 2016

NGERI

MONYET betenggek atas pokok rimbun, melihat gelagat manusia. Walaupun seekor haiwan yang bodoh, hodoh , makan sampah, makan bangkai, ganas, tetapi jauh lebih baik daripada manusia yang berakal. Kalau monyet dan manusia mati, Tuhan akan angkat naik ke syurga. Antara monyet dan manusia agak-agak siapa yang masuk syurga . Babi, anjing!!, walaupun tidak berakal kotor tetapi jauh lebih baik dari manusia yang berakal.

Dunia manusia semakin rakus, undang-undang yang dulu ibarat tembok besi, menjaga keamanan negara. Sekarang ibarat tembok kertas. Pembunuhan di sana sini. Judi haram tumbuh ibarat cendawan selepas hujan, tembak-menembak sana sini. Pusat pelacuran berlambak-lambak tanpa dibenteras.

Orang yang tidak bersalah jadi bersalah, orang yang bersalah jadi tidak bersalah. Agama hanyalah lambang dan bukan pegangan dari sesetengah orang. Monyet-monyet  pun gelak terbahak-bahak melihat manusia , bodoh, hodoh, makan sampah, rakus, pengotor lebih dari binatang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan