WALAUPUN hanya periuk nasi, ku kan jaga, walaupun hitam berkerak, kan ku bawah ke mana pun pergi. Hanya keranamu anak isteriku tak berikat perut, keranamu la detik hidup ini diteruskan.
Walaupun kerak melekit melekat di jari jemari, walaupun panas menggelegak tetapi menyenangkan.
Walau kadang bocor, walau kadang tak mencukupi, tapi syukur sampai juga akhir bulan, bukan mahu sempurna sangat, cuma untuk meneruskan perjalanan hidup.
Walaupun tak sesempurna mana, kadang orang tuaku juga berkongsi periuk nasi ku, itu sangat menggembirakan diriku.
Sederhana mana pun kehidupan ini, walaupun tidak sebesar mana periuk nasi yang utama dapat membahagiakan keluarga dan orang tuaku.
Bersyukur la apa pun kerja yang ada. Biarlah anak isteri dan orang tua menelan nasi yang halal dari perbuatan yang ihlas kerana ia lebih bermakna dari segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan