1. Penilaian hartanah.
Semak nilai hartanah yang mahu dibeli. Setiap bank mungkin memberikan nilai yang berbeza, sebaiknya mendapatkan sekurang-kurang 3 penilaian dari bank berbeza.
Biasanya mendapatkan maklumat penilaian penting untuk rumah yang dibeli melalui "subsale" atau rumah second. Rumah baru yang dibeli melalui pemaju tiada masalah dari segi penilaian.
Sekira harga penilaian bank lebih rendah dari harga beli, anda mungkin berhadapan masalah kerana perlu menambah sendiri perbezaan jumlah pinjaman dan harga belian.
Eg.
Harga belian RM350 000
Harga penilaian bank RM300 000
Pinjaman diberi 90% x RM300 000 = RM270000
Jumlah perbezaan yang perlu ditambah = RM 80 000
Jika anda mahu menggunakan pinjaman kerajaan, elakkan mengguna penilaian pihak bank. Kerana penilaian bank mungkin berbeza dengan penilaian JPPH.
2. Debt service ratio (kadar khidmat hutang)
Ia indikator berapa banyak pendapatan anda digunakan untuk membayar hutang.
DSR = komitmen hutang-hutang
__________________________ x 100%
Pendapatan bersih
Had kelayakan DSR adalah berdasarkan pendapatan, had kelayakan DSR adalah berbeza berdasarkan polisi bank yang dipohon.
Secara umum, formula berikut boleh diguna pakai:
Pendapatan kurang dari RM3500 , DSR 40-60% (+10% jika pekerjaan profesional)
Pendapatan lebih dari RM3500, DSR 70-80%%. (+10% jika pekerjaan profesional)
Pastikan DSR anda setelah ditambah dengan komitmen pinjaman yang dipohon tidak terlalu tinggi melebihi had DSR. Jika melebihi DSR kemungkinan permohonan anda akan ditolak.
Namun bagi sesetengah keadaan pihak bank boleh memberi pertimbangan untuk kelonggaran. Ianya perlu perbincangan lanjut dan menyediakan beberapa dokumen sokongan kepada bank.
Contoh kiraan DSR
Gaji bersih RM 3000 ( selepas ditolak EPF, SOCSO)
* Ada bank yang mengambil kira gaji kasar , manakala ada yang hanya mengambil kira gaji bersih.
Komitmen = RM900 ( kereta ) + RM200 PTPTN + RM400 (kad kredit) + RM100 (pinjaman peribadi) = RM1600
DSR = ( RM1600/RM3000 ) x 100% = 53%
3. Rekod kredit.
Ramai beranggapan tidak mempunyai sebarang komitmen lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman perumahan, sebaliknya anda mungkin berhadapan kesukaran kelulusan pinjaman lebih-lebih lagi jika usia sekitar 30an tanpa sebarang liabiliti.
Ini kerana pihak bank akan menyemak rekod pembayaran balik pinjaman anda, jika tiada rekod atau anda mempunyai rekod pembayaran balik lewat atau tertunggak pihak bank akan lebih berhati-hati dalam memberikan pinjaman berjumlah besar.
Sangat penting untuk anda menyemak sendiri rekod kredit anda sebelum membuat pembelian rumah.