CORETANKU
Jumaat, 25 Oktober 2019
Hanya sekadar luahan
Isnin, 31 Oktober 2016
Duit gaji tidak cukup
Ramai orang cakap duit gaji kecil, dan sy sendiri juga tergolong dalam gaji siput ini. Barang mahal, bukan lagi tiap tahun naik harga barang mala tiap bulan nampak kenaikannya. Harga rumah, kereta mahal terutama golongan seperti saya ni. Tak mampu beli kereta mahal, Kena beli kereta 2hand juga. Asal pertengahan bulan dah mula kering poket. Mula mengeluh gaji kecil, bayar ini bayar itu, sewah rumah, anak skolah, dan banyak lagi..memang banyak lagi.
Semua orang mengalami benda ni, terutama harga barang naik memdadak, ekonomi negara jatuh, kos sarah hidup meningkat. Yang gaji besar, gaji sederhana besar,dan bergaji kecil serta yang tiada gaji langsung. Semua lapisan masyarakat ini semua pun mengeluh tak cukup duit.
Yaa memang benar tak cukup duit,sebap kos sarah hidup meningkat. Tidak dinafikan sebap memang pun berlaku di Malaysia. Tapi bila fikir-fikir balik, bukan sahaja salah pentadbiran malaysia tapi ada juga kesilapan dalam diri sendiri. Bukan nak cover kerajaan, bukan nak sokong kerajaan, dan bukannya saya penjilat kerajaan dan saya sendiri pun memang tidak suka cara pentadbiran kerajaan setakat ini. Saya pun suka menyumpah abang jibby.
Ni nak tengok. Cuba perhatikan betul-betul sekeliling, cari mana bau, cuba hidu ketiak sendiri, kan sendiri punya ketiak bau. Begitu juga nak salahkan orang punya ketiak bau. Ok kita kata gaji kita tak cukup. Cuba jalan sekarang pergi KFC , tengok ada pelanggan tak. Kebanyakan dorang golongan bawahan juga kan. Yang kata gaji kecil tu, tapi sanggup juga beli makanan mahal. Ok kedua, cuba pegi shopping mall. Korang nampak apa.? Golongan orang kaya.? Campur dengan golongan bawahan juga kan.. kawan kawan ofis saya. Gaji sama, mengeluh sama tak cukup duit, gaji kecil tapi pakaian berjenama juga dipakai. Xcaya.?lihat sekeliling korang aje...kata duit tak cukup, kalau pasal beli barang , nak yang berjenama juga. Kan.?
Ok ramai member saya, memang gaji siput. Tapi bawa kereta mahal. Gaya mahal, minyak wangi mahal dan banyak lagi la....bukan nak apa la...tapi nak bagi sedar tu, bukan semua. Nasihat kawan2 kalau nak gaji cukup tu buat la ikut kemampuan gaji.
Banyak hal lagi la kita tak sedar. Biar la bersederhana, jangan jadi kaya kalau bukan orang kaya. Jadi la miskin kalau memang miskin tetapi sederhana dan bahagia bersama keluarga, bukan pura-pura berduit ini menunjukkan kehebatan kita tetapi kesederhanaan yang lebih menunjukkan kehebatan kita.
Jumaat, 2 September 2016
Soro soroho tokou
Mantad kosuabon, otingayam ngayaman ii kaka, olumis kaka kowoyo woyoo, osonong koboros boroso, olumaya kaka mimboros. Soira nodi sejaam, mumbal nedi abarani, mile nedii berpidato, mile ne dii "speaking" salah betul mimang rasa betul. Cerita makin rancak ne dii, haro ne dii cerita macam macam,
Kedue jam, mumbal ne dii bosukon, amu nedi korongou opian pian. Serita makin ransak, haro ne dii cerita superman. Mantad aiso serita, egumu ne dii serita.
Kelime jam, mile ne dii speaking kumaa tambalut, "i hope you kita meet lagi, drunk bah ni niari , i peel best.hehehehe.". Speaking london amu asangalan. Mantad Otingayaman tiimpunen amu nedi etingayaman. Kowoyo woyoon nga miagal ne dii tembiruo. Koboros boroso nga cap tambirang nedi. " ko taw ka dulu, siapa pelakon superman,? Kawan saya baitu, saya pernah ikut dia pigi london bah". Apandai ne dii malayu. Adadaii..
Timpu diti nerikot nedi timpu mokisumandak, abarani ne gia dii, mula mula di tiinu milik silik negi mato, bah timpu diti maiiii songgol sini songgol sana, amu nedi peduli intangan do tulun. Amu ne di awaras pomusarahan. Sabpir sana sini, tampo sana sini. Hatus tulun najadi tambalut dau ne dii. Ini kenal itu kenal semua kenal.
Jam kewalu, it amu nekeimbulai nga nekeimbulai, ciri ciri penjenayah nga nekeimbulai ne dii. Sorita nga nekeserita ngai ne dii. Neilaan nedii tulun...ilo ne ma kowoyo woyoo dilo. Serita jadi pelakon superman nga nekeserita nedii...yoku diti nga pelakon eku superman. Odoi najadi superman netumbukan do tulun mangasau tanak tondu tulun...
iri ri ne serita ku, iti ne tinungkusan dati, mogiginum, oontor ne magauk, eulak ulakan ii tulun. Soro soroho tokou, ingkuro miagal diti kasari, hombo tokou ne? Iyati sanganu diti pomogunan, asaladan ne ma, nung iodti kowoyo woyoo tokou. Mogiginum ne karaja, mamaraag ne pousarahan. Okon ii ko salah, nga amu ne ma panasalan sumonu..soro soroho tokou.
Selasa, 9 Ogos 2016
TERATAK KINI REBAH
Teratak berpenghuni yang menunggu menyembah bumi, sunggu dikelilingi balak tiga pemeluk tumbuh meninggi, hanya tangki biru menemani di anjung teratak.
Kini balak tiga pemeluk rebah menyembah bumi, diangkut, dirata, tinggal tunggul di bukit gondol ditemani teratak dan tangki biru. Pokok diangkut namun teratak masih berdiri menunggu masa.
Masa demi masa, tanah dikorek, digali, diangkut batu-batu berharga, dibawa entah ke mana. Mataku hanya melihat, kehairanan untuk apakah itu semua.
Masa berlalu dan berlalu, mata mulai terbuka, dan kini raksaksa-raksaksa datang mengamuk sekali lagi, menghisap semua madu dunia. Dan kini tinggal sepah, teratak jatuh rebah ditemani tangki biru yang tetap tegu berdiri di sisi.
Impian mendirikan rumah kini tinggal impian, masa berlalu terlalu pantas, umpama mimpi malam, bangun pagi berubah segalanya.
Mahu salahkan diri sendiri, mahu salahkan siapa.?bukan masa menunding jari, biar jadikan ia pengalaman, berajaga la sentiasa dari tidur agar perompak tidak masuk rumah lagi.
PERIUK NASI
WALAUPUN hanya periuk nasi, ku kan jaga, walaupun hitam berkerak, kan ku bawah ke mana pun pergi. Hanya keranamu anak isteriku tak berikat perut, keranamu la detik hidup ini diteruskan.
Walaupun kerak melekit melekat di jari jemari, walaupun panas menggelegak tetapi menyenangkan.
Walau kadang bocor, walau kadang tak mencukupi, tapi syukur sampai juga akhir bulan, bukan mahu sempurna sangat, cuma untuk meneruskan perjalanan hidup.
Walaupun tak sesempurna mana, kadang orang tuaku juga berkongsi periuk nasi ku, itu sangat menggembirakan diriku.
Sederhana mana pun kehidupan ini, walaupun tidak sebesar mana periuk nasi yang utama dapat membahagiakan keluarga dan orang tuaku.
Bersyukur la apa pun kerja yang ada. Biarlah anak isteri dan orang tua menelan nasi yang halal dari perbuatan yang ihlas kerana ia lebih bermakna dari segalanya.
Ahad, 7 Ogos 2016
KERANAMU
KENANGAN lalu kini kian kadang datang dalam ingatan. Aku nak padam semuanya, jangan kembali dalam hidupku, biarlah hidup hidup ini tenang tanpamu. Aman dunia, anak-anak bangsaku biarlah tak mengenalimu.
Terasa berat tanggunganku bila mengenalimu, orang tua,anak bini, kawan-kawan, teman akrabku,agamaku, bangsaku kutinggalkan kerana kesetianku kepadamu.
Penyesalan tidak berguna, keranamu aku merana, keranamu kerjaku terjejas, keranamu anak bini ku menderita, keranamu orang tuaku merana, dan keranamu teman-temanku tinggalkanku.
Wahai anak bangsaku, saudara ku, walau kita berbeza agama, berbeza bangsa, berbeza keturunan,berbeza kepercayaan, bersama-sama kita lawan, dunia yang menyesatkan "judi perosak bangsa dan negara" penghancur anak-anak bangsa. Walaupun apa terjadi, hancurkan pusat judi!
PENGORBANAN
KUBARINGKAN badan di atas tilam yang empuk, Terasa susunan tulang belakang sedikit lega yang sekian lama berdenyut-denyut lengu. Teringat kembali, kisah empat tahun lepas, peluh membasahi badan, walaupun kemarau, gerimis dipaksa diri untuk sesuap nasi, selagi badan belum binasa selagi itu darah dagingku bergerak tampa henti demi menempuhi erti kehidupan, kisah seorang insan petani, anak ayah. Doa ayah, membawa saya sampai pada saat ini, berkat orang tua. Tetapi keringat lalu masih ku heret ke hari ini, walaupun berkerja lebih baik saat ini, kesan kerja keras masih melekat di tulang belakangku. Kesakitan ku rasai sehingga kini, mala semakin lama ku tunggu, semakin tenat rasa nyeri. Doktor mengesahkan tulang belakang mengalami masalah kesan kerja keras tatapi sedetik pun ku tak akan menyesal. Hanya tuhan sahaja yang tahu, biarlah kesakitan ini ku kuburkan demi ayah dan ibu.