Ahad, 17 Julai 2016

PENGORBANAN SEORANG AYAH- -(Cerpen)

CERPEN 1

            “Maaf ada berita sedih dari kampung. Apa”??. Terkejut selepas abang sulung memberitahu berita buruk memlaui telefon. “ayah bagaimana sekarang, siapa yang menjaganya?, Ibu yang terpakasa jaga ayah. Habis tu boleh ka ibu uruskan semuanya kalau abang tak datang sekali. Apa boleh buat, saya sendiri pun sibuk di kampung, nanti siapa nak jaga rumah di kampung”. Malam itu ayah ditahan di hospital kerana sakit, ibu pula yang menjaga di hospital. Saya pula melanjutkan sekolah di tingkatan enam di SMK Tun Fuad Stephen Kiulu.

            “Bolehkah ibu uruskan semua ini, sedangkan ibu tidak biasa di bandar” persoalan mulai bertanya-tanya dalam benak hati. “Abang sepatutnya yang datang temankan ibu, bagaimana nanti ibu keluar membeli makanan kalau abang tiada menemani”. Saya mula tidak tentu arah. Abang kedua pula berkerja di Sandakan manakala adik kembar saya belajar di Monfort Youth Training Centre dan dia tidak tahu pun khabar buruk ini, dan adik perempuan terakhir saya pula baru sahaja masuk di tingkatan satu dan saya sengaja tidak memberitahu hal ini kepadanya kerana risau dia tidak boleh menerima keadaan. 

            “Selamat pagi encik, saya minta kebenaran keluar asrama pagi ni. Yaa..ada pa masalah?.,,tanya warden asrama sambil membuka luas pintu pejabatnya. “sila duduk dulu, jangan terburu-buru, ceritakan apa yang berlaku”. Saya mula menceritakan apa yang telah berlaku. “saya akan beri kebenaran, tapi bagaimana dengan kelas awak hari ni?. Saya terpkasa buat surat kepada guru kelas”. Saya menjawap. “Kalau begitu saya hantarkan awak ke stesen bas Tamparuli”. Warden asrama kami memang baik orangnya sehingga sanggup menghantar saya ke stesen bas. Pada ketika itu saya sangat bersyukur kerana mendapat pertolongan dalam kesusahan.

             “hati-hati yer, jaga diri sana. Terima kasih” ucapku simple. Sebelum saya keluar dari pintu keretanya. Saya menaiki bas mini dari pekan Tamparuli ke Kota kinabalu sebelum bertukar bas yang menuju ke Hospital Queen Elizabeth.

            Pada pukul 10.30 pagi. “Maaf puan, saya nak melawat ayah saya di wad C, bilik 3, katil 21. Sorry dikkk, masa melawat telah tamat yerr, datang semula pukul 12.30 tengahari”. Pengawal hospital dengan sombong menahan saya dari melepasi pintu wad blok C hospital. “saya mohon puan, kemungkinan saya tidak dapat sempat melawat pada masa tersebut, saya terpaksa balik sebelum tengahari di asrama. Degil la adik ni..!kalau masa melawat sudah tamat, apa boleh buat, sekarang ni masa doktor nak merawat, lain kali datang awal sikiit laa”!!. Air mata mula mengalir keluar dari kelopak mata walaupun  menahannya agar tidak mengalir keluar. “Tak apa la puan, saya akan datang tengahari kalau sempat. Yerr diikk”. Cara layanan yang diberikan menambah lagi kerisauan dalam hati. saya keluar dari pintu masuk wad dan mencapai telepon dalam bag sandang untuk beritahu ibu yang saya tidak dibenarkan masuk, mungkin silap saya lewat datang tetapi sebenarnya saya memang tidak tahu waktu untuk melawat.

            “Tak apa nak, saya turun sekarang”. Baru lega sedikit selepas ibu datang ke tempat menunggu. “Ibuuu…”. Ibu keluar dari pintu dan saya terus meluru ke arah ibu dan memeluknya erat. “Ibuu….saya risau.., ayah bagaimana ibu pula bagaimana? ibu ada makan dari semalan ka?. Kenapa ibu berdiam tentang semua ini”?. Ibu mengesat air mata yang mengalir jatuh ke lantai hospital. “ayah sendiri yang tidak mahu memberitahu mak baik-baik saja, Cuma ayah aje yang makin teruk sejak semalam”. Ya tuhan sembuhkan ayah cepat, ibu tahu keadaan yang menekan sekarang ini.

            Lama juga la perbualan dengan ibu, “mari la naik atas jenguk ayah kamu”. Ibu membawa naik dengan alasan saya sebagai pengganti penjaga. Dan penjaga hanya dibenarkan dua orang sahaja setiap seorang pesakit. Baru lah saya dapat berjumpa ayah. Dari jauh ibu menunjukkan tangan ke arah sebuah katil pesakit yang berada di tengah-tengah. “yaa tuhan”…Seperti nak jatuh, tak tertahan melihat ayah dalam keadaan separuh sedar.

            “kenapa sampai begini skali ibu, dua minggu ayah sihat-sihat saja, tak sangkah ayah sampai jadi begini, apa yang berlaku”. Ibu cuma memegang erat tangan saya. Saya sangat takut kehilangan ayah, saya mahu ayah sembuh seperti dahulu. “Ayah dah sakit seperti ini, ayah mahu melihat saya berjaya kan. Sabar nak ayah akan sembuh”. Ibu menenangkan saya. Pada ketika itu teringin sangat memeluk ayah.

            “Nak ayah dah bangun”. Ibu terus bangun membetulkan badan ayah yang lemah seperti orang nyanyuk. Keadaan yang sangat teruk. “ayah.....kenapa ayah ni?, kenapa sampai macam ni”? Ayah cuma mampu menghelah nafas dan tak mampu berkata-kata. Saya memeluk dan mengurut tangan ayah, menarik semua jari-jemari ayah dan memicit-micit seluruh badan. “nakkkk…..”. Ayah memaksa untuk bercakap tapi semua yang diucapkan tidak begitu jelas. “jangan menangis ayah, ayah akan sembuh cepat, yaa ayah”. Air mata berlinang di kelopak mata ayah ibarat awan yang gelap menunggu hujan turun, ayah  mula teresak-esak terharu kedatang anaknya . Jari-jemari yang kasar ayah ketika itu sangat lemah. Muka pucat dan badan susut dengan ketara, mata dah termasuk ke dalam.

            “Adik? awak ayahnya yer?. Yaa doktor”. Doktor tiba-tiba muncul datang dari belakang bersama seorang pembantu jururawat. “ayah awak dalam keadaan baik cuma badannya sangat lemah. Apa yang menyebapkan ayah sakit sampai seperti ini”?. Doktor mula membuka laporan dalam fail. Setiap helaian dibacanya. “ayah awak menjadi lemah akibat daripada kepenatan yang melampau, mungkin terlalu banyak berkerja berat. Ayah memang seorang yang berkerja kuat demi sesuap nasip dan sanggup bersusah payah untuk melihat nak-anaknya berjaya.

            Sebenarnya ayahnya sakit akibat daripada kerja keras dan kurang rehat, menyebapkan badannya kekurangan tenaga dan mudah diserang penyakit. Anggota badannya menjadi kurus dan tidak larat untuk bergerak dan jika lewat untuk dirawat akan menyebapkan kehilangan nyawa.

            “terima kasih doktor”. Ibu saya tersenyum seribu rahsia di sebalik melihat gelagat anak ketiga itu. Dalam tidak sedar, masa pun sudah sampai 02.30 petang. . “Ibu dah makan?.belum nak. Jom la makan kat kantin hospital sekejap, saya kena bawa ibu ke kantin sebelum saya balik”

            “Semalam ibu tak makan kan?. Dah makan dah nak, saya makan makanan ayah. Ayah tak makan ka?. ya ayah kamu kurang makan sejak semalam, lebih makanan saya makan sebap ibu tak tahu cafe di sini.

             Selesai makan ibu baru membuka mulut. “ sebenarnya semasa ketiadaan anak-anak di rumah ayah kamu ni berkerja dari jam 5 pagi sehingga lah jam 7 malam. Habis tu?. Kadang-kadang ayah kamu tu makan tengahari pun tak, sampai rumah pukul 7 malam barulah dapat makan. Selesai makan sambung kerja pula sampai pukul 10.00 malam baru la tidur. Dia buat semua itu sebap nak menampung pembelajaran kamu adik beradik. Ayah kamu mahu kamu semua berjaya”.

            Ya tuhan, kenapa ayah sanggup buat begitu demi kami, sehingga mengabaikan kesihatan ayah. Saya sedih, saya berhutang budi pada seorang ayah. Saya tertunduk menitiskan air mata penuh penyesalan mengimbau semula apa yang saya perna perbuat dengan ayah sebelum ni.. “Ampuni salah silap saya ayah”……..

 

            “Malas laa! Kalau begitu biar ayah yang pergi sekolah sendiri” tengking  Joe kepada ayahnya sambil mengoyakkan pelepah sayur daun kucai yang sedikit kering dengan kerasnya. Tersentak ibu dan kembarnya yang  sedang mengikat sayur daun kucai untuk dijual pada keesokan harinya di tamu(pasar) Tamparuli sebuah pekan kecil sebuah daerah di Sabah.

            “Ayah pun sendiri tak belajar sungguh- sungguh masa kecil dulu” keluh dalam hati Joe dalam keadaan marah selepas ayahnya mendesak untuk meneruskan pelajaran di pra universiti iaitu tingkatan enam di sekolah lama Joe.

            “ saya dah malas belajar.  saya mahu kerja! Cukuplah belajar paa,… sia-sia aje!!” Joe melepaskan kata-kata  dari bibirnya, kali ni dengan nada lebih rendah.

            Air yang mengalir sejuk ,sedikit deras serta kedengaran air terjun menghempaskan airnya yang terletak tidak begitu jauh dari tempat membersikan sayur daun kucai di sebuah sungai kecil berdekatan dengan kebun kecil ayahnya membuatkan Joe mudah menenangkan diri.

            “Aduuuu,…maafkan saya ayah, saya tak berniat begitu”. Dalam hati Joe selepas rasa bersalah bercakap kasar dengan ayahnya.

            Ayahnya terdiam seketika mengenangkan nasib anaknya yang begitu kasar dengan kata-katanya sedangkan ayah memberi nasihat untuk masa depan anaknya. Ayah menguis matanya bagi menahan air mata keluar dari liang matanya agar anaknya tidak perasan kesedihan  dalam hatinya.

             “ Nak….”  Ayahnya membuka kata semula dengan nada sayu tetapi masih penuh bersemangat memujuk Joe dan adiknya.

            “Semasa saya remaja dulu saya teringin sangat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, tetapi masalah kewangan yang membuatkan saya tidak dapat belajar tinggi-tinggi.  masa tu saya belajar sampai ke tingkatan tiga sahaja, itu pun kena mengulang berkali kali daripada tahap satu sehinggalah berhenti semasa tahap tiga.” nada sayunya membuatkan Joe dan Didy kembarnya terpaku sambil  membersihkan sayur daun kucai yang sudah kering. Ayahnya seolah-olah mendengar isi hati anaknya.

            “iya nak”,…ibunya pula menyambung cerita…

             “ masa dulu-dulu bukan macam sekarang nak” “dulu masa 80an makan pun susah, kena makan ubi aje. kalau orang tua tidak tanam ubi ataupun pada musim kemarau orang kampung terpaksa makan burut ( ubih hutan beracun) sahaja.” dengan nada sayu tetapi penuh erti untuk kedua-dua anak kembarnya.

            Ayahnya menyambung semula cerita.

             “masa saya remaja dulu, saya pernah memohon untuk berkerja di pelbagai jabatan tetapi rezeki tidak dapat menyebelahi ayah, semuanya gagal sedangkan dari segi fizikal tidak ada masalah dalam jabatan yang saya mohon” beritahu ayahnya dengan sunggu.

             Joe mula mengalirkan air matanya. 

             “tapi paa…saya tak sanggup susahkan ayah. saya tak mahu menyusakan ayah untuk biaya pengajian saya.”  Dengan nada sayu tiba-tiba keluar dari mulut Joe yang sudah sekian lama mendiam. Anak ketiga yang juga sepasang kembar itu bukannya tidak mahu untuk melanjutkan pelajaran tetapi tidak sanggup melihat ayahnya bersusah paya mendapatkan kewangan untuk biaya pelajarannya. Dengan keadaan ayahnya yang nampak berusia, dan tidak terurus seperti usia sudah mencecah 60an sedangkan usianya baru 54 tahun kerana berkerja keras menyarah keluarga.

            Adik kembarnya pula hanya membisu dari awal tadi lagi. Anak ketiga itu sebenarnya tidak sanggup lagi ayah menghempas pulas sehingga tidak menjaga kesihatannya sendiri untuk sekadar biaya pelajarannya .

            Keadaan menjadi tenang selepas beberapa minit dan keempat-empat orang anak beranak itu masing-masing mengikat sayur daun kuchai kecuali Joe, terus begegas memungga sayur yang sudah dibungkus dibawah ke pondok.

            “saya ke pondok kejap” kata Joe terus melangkah.

            Walaupun hanya dengan perkataan saya sangat menyesal mungkin menyinggung perasaan seorang yang bergelar ayah terutama dengan anak kandungnya sendiri. Ayah tidak akan sentiasa sihat, dan saya sangat bersyukur kerana ayah masih sihat. Hargailah ayah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan