Ahad, 17 Julai 2016

DUDA TERLAJAK LARIS

Novel ini mengisahkan Zafran Aldrin  (Zack ) disuruh nikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol , perangkap yang dibuat oleh Pehah , adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung . Zack menikahi Pehah di usia yang muda. 

Selepas kejadian itu Zack melarikan diri mengikut kakaknya Zainura ke Aussie. Zack meninggalkan Pehah tanpa pesan tetapi Pehah tetap menunggu kepulangan Zack. Pejam celik pejam celik dua tahun meninggalkan Malaysia Zack menerima panggilan pemergian tok ayah. Mahu atau tidak Zack terpaksa balik ke Malaysia. zack menyesal kerana tidak menghantar khabar dengan tok ayah sejak kejadian paksa nikah. Sedangkan di usia kecilnya Zack terlalu rapat dengan tok ayah. 

Zack balik ke Malaysia bersama Idayu Junior kak zainura yang terlalu obses dengan Zack. Setelah selesai jenazah tok ayah dikebumikan . Zack baru perasan Pehah isterinya turut ada disitu. Kerana obses Idayu pada Zack , Idayu mengaku dirinya adalah kekasih Zack di Aussie. Pehah sedih dan tanpa sebarang alasan Zack menceraikan Pehah dengan talak 1 . Zack terkejut bila Pehah sempat mengingatkan Zack suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata - kata itu bagai satu sumpahan bila Zack tidak berkahwin walaupun peristiwa itu sudah menjangkau 8 tahun. 

Kerunsingan si ibu bila melihat anak lelakinya tidak berkahwin dan mementingkan kerja. Bila ibu sudah bersuara , zack menetapkan beberapa syarat untuk calon isterinya. Kegigihan ibu dan kakaknya mencari calon ada saja yang tak kena pada pandangan Zack. setelah bertunang dan kahwin tak jadi beberapa kali. Zainura mencalonkan Idayu sebagai tunang Zack. 

Perasaan sayang sukar dipupuk zack terasa rimas kehadiran Idayu. Sikap obses Idayu membuat Zack rasa meluat pada Idayu. Hinggalah satu hari Zack berkenalan dengan Anis rakan baru di makmal. Kehadiran Anis mengingatkan zack pada Pehah ( bekas isterinya ). Zack cuba mengenali Anis adakah Anis itu Pehah. Ternyata Anis bukan Pehah kerana jarak umur Anis lebih tua 2 tahun. Tanpa sedar Idayu nampak pertemuan mesra antara Anis dan Zack. Idayu merasa cemburu kerana Idayu tidak pernah dilayan begitu oleh Zack. 

Dalam keadaan sedih Idayu cuba lari , tiba-tiba sebuah kereta meluru kearah Idayu. Kesal apa lagi yang boleh dikatakan. beberapa hari sebelum pernikahan Idayu pergi buat selamanya. Sejak itu Zainura dan Ibu tidak pernah menyuruh Zack mencari calon isteri. 

Anis yang lebut dan senang didampingi banyak memberi kata-kat semangat pada Zack. Zack pula manganggap Anis sebagai seorang kawan tidak lebih dari itu. Suatu hari Zack sakit gigi dan Rajib memperkenalkan satu klinik gigi pada Zack. Semasa berjumpa doktor gigi  di klinik Zack merasakan ada sesuatu yang pelik dapat dirasainya. 

selepas pertemuan di klinik gigi , hati Zack tidak tenang bila mengetahui doktor di klinik gigi itu  adalah adik Anis. Untuk mengenali Inas , Zack mengajak Anis dan Inas bercuti ke bukit tinggi . Di sana Zack berjumpa dengan Atai . Atai menceritakan apa yang terjadi sebelum kejadian. Bob memang sengaja menghantar Zack kerumah Pehah menggantikan dirinya. Selepas itu Bob terlibat dalam kemalangan. Keluarga Pehah dicemoh oleh orang kampung hinggalah keluarga Pehah terpaksa berpindah kerana tidak mampu mendengar cemuhan orang kampung. 

Atas nasihat keluarga Zack, Zack berjumpa dengan keluarga Anis di Banjamin . Disitulah Zack berterus terang sebenarnya dia sukakan Inas dari Anis. Zack menganggap Anis sebagi kawan . Bila mendengar pengakuan Zack , Ayah Anis membongkar satu rahsia besar. Sebenarnya Inas yang Zack suka adalah bekas isterinya yang diceraikan 8 tahun dulu. Cinta Inas tidak pernah berubah dan masih menunggu Zack. Inas memakai purdah kerana Zack. Inas tidak mahu lelaki lain melihat wajahnya. Nama Pehah tidak lagi disebut selepas Zack menceraikan Pehah. Zack terasa malu dengan kebodohannya yang lebih bersifat berterus terang. Ayah Anis juga berpesan agar menjauhkan diri dari Inas dan terima Anis sebagai jodohnya. Inas cuba mendidik dirinya untuk melupakan bekas suaminya demi kebahagiaan kakaknya , Anis. 

Zack sebulat hati meneruskan niat untuk berkahwin dengan Anis. Tetapi Zack tidak faham mengapa Anis sengaja membawa Inas untuk membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Saat perkahwinan Zack dan Anis semakin hampir , Inas bakal ditunangkan dengan Bob ( Firdaus ). Hati Zack tidak senang bila Bob yang akan menjadi suami Inas. 

Dihari pernikahan ,  Zack terkejut bila nama yang disebut bukanlah Anis tetapi Inas. Semua terbongkar bila Anis memberitahu semuanya telah dirancang oleh Anis dan dibantu oleh Bob untuk menyatukan Zack dan Inas. Majlis pertunangan Inas ditukar sebagai majlis doa selamat dan Inas tidak bertunang dengan Bob seperti yang di war - warkan. 

Zack bersyukur dia diberi peluang kedua dan tidak akan mempersia-siakan peluang yang diberi. 

Sinopsis dari kulit novel

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.

“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?

“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.

Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan