"Novel Bahasa Inggeris ni mengisahkan kehidupan seorang penyelam bernama Kino yang miskin tetapi hidup serba ringkas dan bahagia bersama Isteri dan anak tunggalnya yang masih bayi. Kehidupan yang miskin membuatkan Kino dilayan teruk sehinggakan doktor enggan merawat anaknya yang disengat kala jengking. Namun, pada suatu hari ni, Kino telah menjumpa sebutir mutiara yang terbaik di dunia, dan mula membayangkan bahawa mutiara tersebut bakal mengubah kehidupannya (menjadi kaya). Berita penjumpaan mutiara tersebut cepatnya tersebar ke seluruh tempat. Namun, tanpa diduga mutiara mengundang pelbagai musibah kepada Kino dan keluarganya menyebabkan kebahagiaan yang dikecapinya dahulu sudah hilang. Dipendekkan cerita, akhirnya Kino dan isteri membuang kembali mutiara tersebut ke dalam laut setelah kehilangan segalanya.."
Isnin, 18 Julai 2016
Ahad, 17 Julai 2016
DUDA TERLAJAK LARIS
Novel ini mengisahkan Zafran Aldrin (Zack ) disuruh nikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol , perangkap yang dibuat oleh Pehah , adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung . Zack menikahi Pehah di usia yang muda.
Selepas kejadian itu Zack melarikan diri mengikut kakaknya Zainura ke Aussie. Zack meninggalkan Pehah tanpa pesan tetapi Pehah tetap menunggu kepulangan Zack. Pejam celik pejam celik dua tahun meninggalkan Malaysia Zack menerima panggilan pemergian tok ayah. Mahu atau tidak Zack terpaksa balik ke Malaysia. zack menyesal kerana tidak menghantar khabar dengan tok ayah sejak kejadian paksa nikah. Sedangkan di usia kecilnya Zack terlalu rapat dengan tok ayah.
Zack balik ke Malaysia bersama Idayu Junior kak zainura yang terlalu obses dengan Zack. Setelah selesai jenazah tok ayah dikebumikan . Zack baru perasan Pehah isterinya turut ada disitu. Kerana obses Idayu pada Zack , Idayu mengaku dirinya adalah kekasih Zack di Aussie. Pehah sedih dan tanpa sebarang alasan Zack menceraikan Pehah dengan talak 1 . Zack terkejut bila Pehah sempat mengingatkan Zack suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata - kata itu bagai satu sumpahan bila Zack tidak berkahwin walaupun peristiwa itu sudah menjangkau 8 tahun.
Kerunsingan si ibu bila melihat anak lelakinya tidak berkahwin dan mementingkan kerja. Bila ibu sudah bersuara , zack menetapkan beberapa syarat untuk calon isterinya. Kegigihan ibu dan kakaknya mencari calon ada saja yang tak kena pada pandangan Zack. setelah bertunang dan kahwin tak jadi beberapa kali. Zainura mencalonkan Idayu sebagai tunang Zack.
Perasaan sayang sukar dipupuk zack terasa rimas kehadiran Idayu. Sikap obses Idayu membuat Zack rasa meluat pada Idayu. Hinggalah satu hari Zack berkenalan dengan Anis rakan baru di makmal. Kehadiran Anis mengingatkan zack pada Pehah ( bekas isterinya ). Zack cuba mengenali Anis adakah Anis itu Pehah. Ternyata Anis bukan Pehah kerana jarak umur Anis lebih tua 2 tahun. Tanpa sedar Idayu nampak pertemuan mesra antara Anis dan Zack. Idayu merasa cemburu kerana Idayu tidak pernah dilayan begitu oleh Zack.
Dalam keadaan sedih Idayu cuba lari , tiba-tiba sebuah kereta meluru kearah Idayu. Kesal apa lagi yang boleh dikatakan. beberapa hari sebelum pernikahan Idayu pergi buat selamanya. Sejak itu Zainura dan Ibu tidak pernah menyuruh Zack mencari calon isteri.
Anis yang lebut dan senang didampingi banyak memberi kata-kat semangat pada Zack. Zack pula manganggap Anis sebagai seorang kawan tidak lebih dari itu. Suatu hari Zack sakit gigi dan Rajib memperkenalkan satu klinik gigi pada Zack. Semasa berjumpa doktor gigi di klinik Zack merasakan ada sesuatu yang pelik dapat dirasainya.
selepas pertemuan di klinik gigi , hati Zack tidak tenang bila mengetahui doktor di klinik gigi itu adalah adik Anis. Untuk mengenali Inas , Zack mengajak Anis dan Inas bercuti ke bukit tinggi . Di sana Zack berjumpa dengan Atai . Atai menceritakan apa yang terjadi sebelum kejadian. Bob memang sengaja menghantar Zack kerumah Pehah menggantikan dirinya. Selepas itu Bob terlibat dalam kemalangan. Keluarga Pehah dicemoh oleh orang kampung hinggalah keluarga Pehah terpaksa berpindah kerana tidak mampu mendengar cemuhan orang kampung.
Atas nasihat keluarga Zack, Zack berjumpa dengan keluarga Anis di Banjamin . Disitulah Zack berterus terang sebenarnya dia sukakan Inas dari Anis. Zack menganggap Anis sebagi kawan . Bila mendengar pengakuan Zack , Ayah Anis membongkar satu rahsia besar. Sebenarnya Inas yang Zack suka adalah bekas isterinya yang diceraikan 8 tahun dulu. Cinta Inas tidak pernah berubah dan masih menunggu Zack. Inas memakai purdah kerana Zack. Inas tidak mahu lelaki lain melihat wajahnya. Nama Pehah tidak lagi disebut selepas Zack menceraikan Pehah. Zack terasa malu dengan kebodohannya yang lebih bersifat berterus terang. Ayah Anis juga berpesan agar menjauhkan diri dari Inas dan terima Anis sebagai jodohnya. Inas cuba mendidik dirinya untuk melupakan bekas suaminya demi kebahagiaan kakaknya , Anis.
Zack sebulat hati meneruskan niat untuk berkahwin dengan Anis. Tetapi Zack tidak faham mengapa Anis sengaja membawa Inas untuk membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Saat perkahwinan Zack dan Anis semakin hampir , Inas bakal ditunangkan dengan Bob ( Firdaus ). Hati Zack tidak senang bila Bob yang akan menjadi suami Inas.
Dihari pernikahan , Zack terkejut bila nama yang disebut bukanlah Anis tetapi Inas. Semua terbongkar bila Anis memberitahu semuanya telah dirancang oleh Anis dan dibantu oleh Bob untuk menyatukan Zack dan Inas. Majlis pertunangan Inas ditukar sebagai majlis doa selamat dan Inas tidak bertunang dengan Bob seperti yang di war - warkan.
Zack bersyukur dia diberi peluang kedua dan tidak akan mempersia-siakan peluang yang diberi.
Sinopsis dari kulit novel
Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?
Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.
“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.
“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.
Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?
“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.
Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?
PENGORBANAN SEORANG AYAH- -(Cerpen)
CERPEN 1
“Maaf ada berita sedih dari kampung.
Apa”??. Terkejut selepas abang sulung memberitahu berita buruk memlaui telefon.
“ayah bagaimana sekarang, siapa yang menjaganya?, Ibu yang terpakasa jaga ayah.
Habis tu boleh ka ibu uruskan semuanya kalau abang tak datang sekali. Apa boleh
buat, saya sendiri pun sibuk di kampung, nanti siapa nak jaga rumah di
kampung”. Malam itu ayah ditahan di hospital kerana sakit, ibu pula yang menjaga
di hospital. Saya pula melanjutkan sekolah di tingkatan enam di SMK Tun Fuad Stephen
Kiulu.
“Bolehkah ibu uruskan semua ini,
sedangkan ibu tidak biasa di bandar” persoalan mulai bertanya-tanya dalam benak
hati. “Abang sepatutnya yang datang temankan ibu, bagaimana nanti ibu keluar
membeli makanan kalau abang tiada menemani”. Saya mula tidak tentu arah. Abang
kedua pula berkerja di Sandakan manakala adik kembar saya belajar di Monfort
Youth Training Centre dan dia tidak tahu pun khabar buruk ini, dan adik
perempuan terakhir saya pula baru sahaja masuk di tingkatan satu dan saya sengaja
tidak memberitahu hal ini kepadanya kerana risau dia tidak boleh menerima
keadaan.
“Selamat pagi encik, saya minta
kebenaran keluar asrama pagi ni. Yaa..ada pa masalah?.,,tanya warden asrama
sambil membuka luas pintu pejabatnya. “sila duduk dulu, jangan terburu-buru,
ceritakan apa yang berlaku”. Saya mula menceritakan apa yang telah berlaku. “saya
akan beri kebenaran, tapi bagaimana dengan kelas awak hari ni?. Saya terpkasa
buat surat kepada guru kelas”. Saya menjawap. “Kalau begitu saya hantarkan awak
ke stesen bas Tamparuli”. Warden asrama kami memang baik orangnya sehingga
sanggup menghantar saya ke stesen bas. Pada ketika itu saya sangat bersyukur
kerana mendapat pertolongan dalam kesusahan.
“hati-hati yer, jaga diri sana. Terima kasih”
ucapku simple. Sebelum saya keluar
dari pintu keretanya. Saya menaiki bas mini dari pekan Tamparuli ke Kota
kinabalu sebelum bertukar bas yang menuju ke Hospital Queen Elizabeth.
Pada pukul 10.30 pagi. “Maaf puan,
saya nak melawat ayah saya di wad C, bilik 3, katil 21. Sorry dikkk, masa
melawat telah tamat yerr, datang semula pukul 12.30 tengahari”. Pengawal
hospital dengan sombong menahan saya dari melepasi pintu wad blok C hospital.
“saya mohon puan, kemungkinan saya tidak dapat sempat melawat pada masa
tersebut, saya terpaksa balik sebelum tengahari di asrama. Degil la adik
ni..!kalau masa melawat sudah tamat, apa boleh buat, sekarang ni masa doktor
nak merawat, lain kali datang awal sikiit laa”!!. Air mata mula mengalir keluar
dari kelopak mata walaupun menahannya
agar tidak mengalir keluar. “Tak apa la puan, saya akan datang tengahari kalau
sempat. Yerr diikk”. Cara layanan yang diberikan menambah lagi kerisauan dalam
hati. saya keluar dari pintu masuk wad dan mencapai telepon dalam bag sandang
untuk beritahu ibu yang saya tidak dibenarkan masuk, mungkin silap saya lewat
datang tetapi sebenarnya saya memang tidak tahu waktu untuk melawat.
“Tak apa nak, saya turun sekarang”. Baru
lega sedikit selepas ibu datang ke tempat menunggu. “Ibuuu…”. Ibu keluar dari
pintu dan saya terus meluru ke arah ibu dan memeluknya erat. “Ibuu….saya
risau.., ayah bagaimana ibu pula bagaimana? ibu ada makan dari semalan ka?.
Kenapa ibu berdiam tentang semua ini”?. Ibu mengesat air mata yang mengalir
jatuh ke lantai hospital. “ayah sendiri yang tidak mahu memberitahu mak
baik-baik saja, Cuma ayah aje yang makin teruk sejak semalam”. Ya tuhan
sembuhkan ayah cepat, ibu tahu keadaan yang menekan sekarang ini.
Lama juga la perbualan dengan ibu,
“mari la naik atas jenguk ayah kamu”. Ibu membawa naik dengan alasan saya
sebagai pengganti penjaga. Dan penjaga hanya dibenarkan dua orang sahaja setiap
seorang pesakit. Baru lah saya dapat berjumpa ayah. Dari jauh ibu menunjukkan tangan
ke arah sebuah katil pesakit yang berada di tengah-tengah. “yaa tuhan”…Seperti
nak jatuh, tak tertahan melihat ayah dalam keadaan separuh sedar.
“kenapa sampai begini skali ibu, dua
minggu ayah sihat-sihat saja, tak sangkah ayah sampai jadi begini, apa yang
berlaku”. Ibu cuma memegang erat tangan saya. Saya sangat takut kehilangan ayah,
saya mahu ayah sembuh seperti dahulu. “Ayah dah sakit seperti ini, ayah mahu
melihat saya berjaya kan. Sabar nak ayah akan sembuh”. Ibu menenangkan saya.
Pada ketika itu teringin sangat memeluk ayah.
“Nak ayah dah bangun”. Ibu terus
bangun membetulkan badan ayah yang lemah seperti orang nyanyuk. Keadaan yang
sangat teruk. “ayah.....kenapa ayah ni?, kenapa sampai macam ni”? Ayah cuma
mampu menghelah nafas dan tak mampu berkata-kata. Saya memeluk dan mengurut
tangan ayah, menarik semua jari-jemari ayah dan memicit-micit seluruh badan.
“nakkkk…..”. Ayah memaksa untuk bercakap tapi semua yang diucapkan tidak begitu
jelas. “jangan menangis ayah, ayah akan sembuh cepat, yaa ayah”. Air mata
berlinang di kelopak mata ayah ibarat awan yang gelap menunggu hujan turun,
ayah mula teresak-esak terharu kedatang
anaknya . Jari-jemari yang kasar ayah ketika itu sangat lemah. Muka pucat dan
badan susut dengan ketara, mata dah termasuk ke dalam.
“Adik? awak ayahnya yer?. Yaa
doktor”. Doktor tiba-tiba muncul datang dari belakang bersama seorang pembantu
jururawat. “ayah awak dalam keadaan baik cuma badannya sangat lemah. Apa yang
menyebapkan ayah sakit sampai seperti ini”?. Doktor mula membuka laporan dalam
fail. Setiap helaian dibacanya. “ayah awak menjadi lemah akibat daripada
kepenatan yang melampau, mungkin terlalu banyak berkerja berat. Ayah memang
seorang yang berkerja kuat demi sesuap nasip dan sanggup bersusah payah untuk
melihat nak-anaknya berjaya.
Sebenarnya ayahnya sakit akibat
daripada kerja keras dan kurang rehat, menyebapkan badannya kekurangan tenaga
dan mudah diserang penyakit. Anggota badannya menjadi kurus dan tidak larat
untuk bergerak dan jika lewat untuk dirawat akan menyebapkan kehilangan nyawa.
“terima kasih doktor”. Ibu saya
tersenyum seribu rahsia di sebalik melihat gelagat anak ketiga itu. Dalam tidak
sedar, masa pun sudah sampai 02.30 petang. . “Ibu dah makan?.belum nak. Jom la
makan kat kantin hospital sekejap, saya kena bawa ibu ke kantin sebelum saya
balik”
“Semalam ibu tak makan kan?. Dah
makan dah nak, saya makan makanan ayah. Ayah tak makan ka?. ya ayah kamu kurang
makan sejak semalam, lebih makanan saya makan sebap ibu tak tahu cafe di sini.
Selesai makan ibu baru membuka mulut. “
sebenarnya semasa ketiadaan anak-anak di rumah ayah kamu ni berkerja dari jam 5
pagi sehingga lah jam 7 malam. Habis tu?. Kadang-kadang ayah kamu tu makan
tengahari pun tak, sampai rumah pukul 7 malam barulah dapat makan. Selesai
makan sambung kerja pula sampai pukul 10.00 malam baru la tidur. Dia buat semua
itu sebap nak menampung pembelajaran kamu adik beradik. Ayah kamu mahu kamu
semua berjaya”.
Ya tuhan, kenapa ayah sanggup buat
begitu demi kami, sehingga mengabaikan kesihatan ayah. Saya sedih, saya
berhutang budi pada seorang ayah. Saya tertunduk menitiskan air mata penuh
penyesalan mengimbau semula apa yang saya perna perbuat dengan ayah sebelum
ni.. “Ampuni salah silap saya ayah”……..
“Malas laa! Kalau begitu biar ayah
yang pergi sekolah sendiri” tengking Joe
kepada ayahnya sambil mengoyakkan pelepah sayur daun kucai yang sedikit kering
dengan kerasnya. Tersentak ibu dan kembarnya yang sedang mengikat sayur daun kucai untuk dijual
pada keesokan harinya di tamu(pasar) Tamparuli sebuah pekan kecil sebuah daerah
di Sabah.
“Ayah pun sendiri tak belajar
sungguh- sungguh masa kecil dulu” keluh dalam hati Joe dalam keadaan marah
selepas ayahnya mendesak untuk meneruskan pelajaran di pra universiti iaitu
tingkatan enam di sekolah lama Joe.
“ saya dah malas belajar. saya mahu kerja! Cukuplah belajar paa,…
sia-sia aje!!” Joe melepaskan kata-kata
dari bibirnya, kali ni dengan nada lebih rendah.
Air yang mengalir sejuk ,sedikit
deras serta kedengaran air terjun menghempaskan airnya yang terletak tidak
begitu jauh dari tempat membersikan sayur daun kucai di sebuah sungai kecil
berdekatan dengan kebun kecil ayahnya membuatkan Joe mudah menenangkan diri.
“Aduuuu,…maafkan saya ayah, saya tak
berniat begitu”. Dalam hati Joe selepas rasa bersalah bercakap kasar dengan
ayahnya.
Ayahnya terdiam seketika
mengenangkan nasib anaknya yang begitu kasar dengan kata-katanya sedangkan ayah
memberi nasihat untuk masa depan anaknya. Ayah menguis matanya bagi menahan air
mata keluar dari liang matanya agar anaknya tidak perasan kesedihan dalam hatinya.
“ Nak….”
Ayahnya membuka kata semula dengan nada sayu tetapi masih penuh
bersemangat memujuk Joe dan adiknya.
“Semasa saya remaja dulu saya
teringin sangat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, tetapi masalah
kewangan yang membuatkan saya tidak dapat belajar tinggi-tinggi. masa tu saya belajar sampai ke tingkatan tiga
sahaja, itu pun kena mengulang berkali kali daripada tahap satu sehinggalah
berhenti semasa tahap tiga.” nada sayunya membuatkan Joe dan Didy kembarnya
terpaku sambil membersihkan sayur daun
kucai yang sudah kering. Ayahnya seolah-olah mendengar isi hati anaknya.
“iya nak”,…ibunya pula menyambung
cerita…
“ masa dulu-dulu bukan macam sekarang nak” “dulu
masa 80an makan pun susah, kena makan ubi aje. kalau orang tua tidak tanam ubi
ataupun pada musim kemarau orang kampung terpaksa makan burut ( ubih hutan beracun) sahaja.” dengan nada sayu tetapi penuh
erti untuk kedua-dua anak kembarnya.
Ayahnya menyambung semula cerita.
“masa saya remaja dulu, saya pernah memohon
untuk berkerja di pelbagai jabatan tetapi rezeki tidak dapat menyebelahi ayah,
semuanya gagal sedangkan dari segi fizikal tidak ada masalah dalam jabatan yang
saya mohon” beritahu ayahnya dengan sunggu.
Joe mula mengalirkan air matanya.
“tapi paa…saya tak sanggup susahkan ayah. saya
tak mahu menyusakan ayah untuk biaya pengajian saya.” Dengan nada sayu tiba-tiba keluar dari mulut
Joe yang sudah sekian lama mendiam. Anak ketiga yang juga sepasang kembar itu
bukannya tidak mahu untuk melanjutkan pelajaran tetapi tidak sanggup melihat
ayahnya bersusah paya mendapatkan kewangan untuk biaya pelajarannya. Dengan
keadaan ayahnya yang nampak berusia, dan tidak terurus seperti usia sudah mencecah
60an sedangkan usianya baru 54 tahun kerana berkerja keras menyarah keluarga.
Adik kembarnya pula hanya membisu
dari awal tadi lagi. Anak ketiga itu sebenarnya tidak sanggup lagi ayah
menghempas pulas sehingga tidak menjaga kesihatannya sendiri untuk sekadar
biaya pelajarannya .
Keadaan menjadi tenang selepas
beberapa minit dan keempat-empat orang anak beranak itu masing-masing mengikat
sayur daun kuchai kecuali Joe, terus begegas memungga sayur yang sudah
dibungkus dibawah ke pondok.
“saya ke pondok kejap” kata Joe
terus melangkah.
Walaupun hanya dengan perkataan saya
sangat menyesal mungkin menyinggung perasaan seorang yang bergelar ayah
terutama dengan anak kandungnya sendiri. Ayah tidak akan sentiasa sihat, dan
saya sangat bersyukur kerana ayah masih sihat. Hargailah ayah .
Jumaat, 8 Julai 2016
RANGGAU - Ramlee Awang Murshid
Sebuah novel fiksyen mmisteri hasil tulisan seorang penilis novel Ramlee Awang Murshid seorang penulis thriller no.1 Malaysia.
Cerita ini mengenai satu kes pembunuhan bersiri gadis-gadis yang berlaku di Sabah. Mayat-mayat gadis tersebut telah ditemui oleh pihak polis dan mendapati kesemua mangsa organ dalaman telah hilang seperti mata dan buah pinggang. Seorang anak tokoh korporat bernama Ursula Gimbang risau dengan adiknya Janet yang tiba-tiba menerima nasib sama dengan gdiss-gadis yang hilang sebelum ini. Oleh kerana tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal tidak mahu perkara ini tidak dilaporkan kepada pihak polis sebaliknya menyarankan anaknya Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan Ursula telah menemui Rusdi Salleh, iaitu seorang penulis novel misteri kerana merasakan penulis ini mempunyai kebolehan menyiasat. Sementara Rusdi Salleh meminta bantuan daripada seorang kawan lama yang berkerja sebagai seorang Inspektor Polis iaitu insp. Solehan yang berkerja di IPK Sabah. Malangnya semasa waktu penyiasatan Inp. Solehan telah mati dibunuh oleh dalang pembunuhan bagi mengelak siasatan dijalankan.
Cerita ini mengenai satu kes pembunuhan bersiri gadis-gadis yang berlaku di Sabah. Mayat-mayat gadis tersebut telah ditemui oleh pihak polis dan mendapati kesemua mangsa organ dalaman telah hilang seperti mata dan buah pinggang. Seorang anak tokoh korporat bernama Ursula Gimbang risau dengan adiknya Janet yang tiba-tiba menerima nasib sama dengan gdiss-gadis yang hilang sebelum ini. Oleh kerana tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal tidak mahu perkara ini tidak dilaporkan kepada pihak polis sebaliknya menyarankan anaknya Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan Ursula telah menemui Rusdi Salleh, iaitu seorang penulis novel misteri kerana merasakan penulis ini mempunyai kebolehan menyiasat. Sementara Rusdi Salleh meminta bantuan daripada seorang kawan lama yang berkerja sebagai seorang Inspektor Polis iaitu insp. Solehan yang berkerja di IPK Sabah. Malangnya semasa waktu penyiasatan Inp. Solehan telah mati dibunuh oleh dalang pembunuhan bagi mengelak siasatan dijalankan.
Ursula pula mempunyai kenalan yang seorang doktor yang berkerja di luar negara yang juga sebagai dalang utama pemerdagangan organ manusia, secara kebetulan Kim seorang pembantunya di Kota Kinabalu telah tersilap memilih adik Ursula sebagai mangsa pemerdangan organ Dr. Zahid. Zahid telah balik ke Kota Kinabalu selepas Ursula meminta bantuan mengenai kehilangan adiknya Janet. Semasa siasatan dijalankan Tuan Gimbang pula telah dibunuh secara terancang yang menunjukkan bahawa tuan Gimbang mati bunuh diri. Tetapi semuanya atas rancangan Dr. Zahid. Ahkirnya Dr. Zahid telah mengaku dengan Ursula bahawa dia la yang menjadi dalang semuanya. Dan Zahid telah mengikat Ursula dan menyorokkannnya di bilik rahsia bawah tanah rumah nya.
Zahid dalam diam-diam melarikan ke Kuala Lumpur untuk meminta bantuan daripada kawannya membuat pembedahan plastik. Pemergian Zahid telah menyebapkan beberapa anggota polis dan Rusdi serta adikknya Farahana mengesaki Dr. Zahid dan membuat penyiasatan di rumah Zahid di Kota Kinabalu dan menemukan kubur mayat di bawah tanah yang berbentuk piramid dan tanaman bunga yang subur di atasnya membongkarkan dalang utama pembunuhan dan pemerdagangan organ.
Nasip Kim pula mati selepas dibunuh Dr. Zahid selepas pembedahan plastiknya tidak berjaya.Akhirnya Zahid menjadi buruan polis, dan dalam keadaan terdesak Zahid meminta bantuan kawannya Benjamin dari Afrika Selatan menjalankan pembedahan plastik tetapi pembedahan plastik tersebut juga tidak berjaya menyebapkan Benjamin telah menyuntik racun ke dalam badan Dr. Zahid. Benjamin pula terus balik ke Johanesberq, Afrika Selatan untuk mengelak dikesan pihak polis. Tetapi juga dibunuh oleh penjenayah yang pernah meminta bantuan pembedahan plastik yang juga tidak berjaya kemudiannya membalas dendam kepada Benjamin selepas sampai di Johanesberg.
ULASAN
Novel yang berunsur penyiasatan jenayah, jalan cerita sangat baik dari segi pemaparan watak-watak, terdapat beberapa watak iaitu watak utama, watak jahat, dan watak sampingan. jalan cerita yang mempunyai ending yang melegahkan apabila pembalasan daripada perbuatan jahat. Tetapi terdapat juga babak sedih yang mana melibatkan kematian keluarga yang tidak beralah. dari segi penggunaan bahasa, keseluruhannya bahasa melayu dalam bentuk penceritaan, dan terdapat juga bahasa lain yang digunakan seperti bahasa tempatan Sabah dalam perbualan keluarga Rusdi Salleh penyiasat pilihan Ursurla antara watak di dalam novel ini. Terdapat juga penggunaan bahasa English yang mana perbualan doktor dan kawannya.
kandungan cerita mudah difahami sesuai untuk bacaan golongan remaja dan juga dewasa. penggunaan bahasa juga mudah dan tiada penggunaan bahasa yang terlalu dalam yang sukar difahami. Ketebalan novel dan kandungan muka surat tidak terlalu banyak dan tebal. Babak-babak dalam novel tersebut juga mengandungi nilai-nilai pengajaran dari segi banyak sudut dan tidak melampaui batas. penggunaan bahasa yang rapi dan teliti. sebagai kesimpulannya, novel ini sangat baik untuk bacaan umum tidak kira siapa, dan novel ini tiada unsur politik, penindasan, dan tiada unsur sensitif yang boleh mengundang kemarahan orang lain. hanya sebuah cerita penyiasatan siapa pelaku pembunuhan dan pemerdagangan organ manusia. Terimah Kasih
Zahid dalam diam-diam melarikan ke Kuala Lumpur untuk meminta bantuan daripada kawannya membuat pembedahan plastik. Pemergian Zahid telah menyebapkan beberapa anggota polis dan Rusdi serta adikknya Farahana mengesaki Dr. Zahid dan membuat penyiasatan di rumah Zahid di Kota Kinabalu dan menemukan kubur mayat di bawah tanah yang berbentuk piramid dan tanaman bunga yang subur di atasnya membongkarkan dalang utama pembunuhan dan pemerdagangan organ.
Nasip Kim pula mati selepas dibunuh Dr. Zahid selepas pembedahan plastiknya tidak berjaya.Akhirnya Zahid menjadi buruan polis, dan dalam keadaan terdesak Zahid meminta bantuan kawannya Benjamin dari Afrika Selatan menjalankan pembedahan plastik tetapi pembedahan plastik tersebut juga tidak berjaya menyebapkan Benjamin telah menyuntik racun ke dalam badan Dr. Zahid. Benjamin pula terus balik ke Johanesberq, Afrika Selatan untuk mengelak dikesan pihak polis. Tetapi juga dibunuh oleh penjenayah yang pernah meminta bantuan pembedahan plastik yang juga tidak berjaya kemudiannya membalas dendam kepada Benjamin selepas sampai di Johanesberg.
ULASAN
Novel yang berunsur penyiasatan jenayah, jalan cerita sangat baik dari segi pemaparan watak-watak, terdapat beberapa watak iaitu watak utama, watak jahat, dan watak sampingan. jalan cerita yang mempunyai ending yang melegahkan apabila pembalasan daripada perbuatan jahat. Tetapi terdapat juga babak sedih yang mana melibatkan kematian keluarga yang tidak beralah. dari segi penggunaan bahasa, keseluruhannya bahasa melayu dalam bentuk penceritaan, dan terdapat juga bahasa lain yang digunakan seperti bahasa tempatan Sabah dalam perbualan keluarga Rusdi Salleh penyiasat pilihan Ursurla antara watak di dalam novel ini. Terdapat juga penggunaan bahasa English yang mana perbualan doktor dan kawannya.
kandungan cerita mudah difahami sesuai untuk bacaan golongan remaja dan juga dewasa. penggunaan bahasa juga mudah dan tiada penggunaan bahasa yang terlalu dalam yang sukar difahami. Ketebalan novel dan kandungan muka surat tidak terlalu banyak dan tebal. Babak-babak dalam novel tersebut juga mengandungi nilai-nilai pengajaran dari segi banyak sudut dan tidak melampaui batas. penggunaan bahasa yang rapi dan teliti. sebagai kesimpulannya, novel ini sangat baik untuk bacaan umum tidak kira siapa, dan novel ini tiada unsur politik, penindasan, dan tiada unsur sensitif yang boleh mengundang kemarahan orang lain. hanya sebuah cerita penyiasatan siapa pelaku pembunuhan dan pemerdagangan organ manusia. Terimah Kasih
Langgan:
Catatan (Atom)