Isnin, 31 Oktober 2016

Duit gaji tidak cukup

Ramai orang cakap duit gaji kecil, dan sy sendiri juga tergolong dalam gaji siput ini. Barang mahal, bukan lagi tiap tahun naik harga barang mala tiap bulan nampak kenaikannya. Harga rumah, kereta mahal terutama golongan seperti saya ni. Tak mampu beli kereta mahal, Kena beli kereta 2hand juga. Asal pertengahan bulan dah mula kering poket. Mula mengeluh gaji kecil, bayar ini bayar itu, sewah rumah, anak skolah, dan banyak lagi..memang banyak lagi.

Semua orang mengalami benda ni, terutama harga barang naik memdadak, ekonomi negara jatuh, kos sarah hidup meningkat. Yang gaji besar, gaji sederhana besar,dan bergaji kecil serta yang tiada gaji langsung. Semua lapisan masyarakat ini semua pun mengeluh tak cukup duit.

Yaa memang benar tak cukup duit,sebap kos sarah hidup meningkat. Tidak dinafikan sebap memang pun berlaku di Malaysia. Tapi bila fikir-fikir balik, bukan sahaja salah pentadbiran malaysia tapi ada juga kesilapan dalam diri sendiri. Bukan nak cover kerajaan, bukan nak sokong kerajaan, dan bukannya saya penjilat kerajaan dan saya sendiri pun memang tidak suka cara pentadbiran kerajaan setakat ini. Saya pun suka menyumpah abang jibby.

Ni nak tengok. Cuba perhatikan betul-betul sekeliling, cari mana bau, cuba hidu ketiak sendiri, kan sendiri punya ketiak bau. Begitu juga nak salahkan orang punya ketiak bau. Ok kita kata gaji kita tak cukup. Cuba jalan sekarang pergi KFC , tengok ada pelanggan tak. Kebanyakan dorang golongan bawahan juga kan. Yang kata gaji kecil tu, tapi sanggup juga beli makanan mahal. Ok kedua, cuba pegi shopping mall. Korang nampak apa.? Golongan orang kaya.? Campur dengan golongan bawahan juga kan.. kawan kawan ofis saya. Gaji sama, mengeluh sama tak cukup duit, gaji kecil tapi pakaian berjenama juga dipakai. Xcaya.?lihat sekeliling korang aje...kata duit tak cukup, kalau pasal  beli barang , nak yang berjenama juga. Kan.?

Ok ramai member saya, memang gaji siput. Tapi bawa kereta mahal. Gaya mahal, minyak wangi mahal dan banyak lagi la....bukan nak apa la...tapi nak bagi sedar tu, bukan semua. Nasihat kawan2 kalau nak gaji cukup tu buat la  ikut kemampuan gaji.

Banyak hal lagi la kita tak sedar. Biar la bersederhana, jangan jadi kaya kalau bukan orang kaya. Jadi la miskin kalau memang miskin tetapi sederhana dan bahagia bersama keluarga, bukan pura-pura berduit ini menunjukkan kehebatan kita tetapi kesederhanaan yang lebih menunjukkan kehebatan kita.